Saturday, July 23, 2016

TAK TUMBUH TAK MELATA...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Harapan saya sesiapa yang sudi melawat blog ini sentiasa dalam linkungan rahmat dari Allah. Maaflah jika blog saya ini tidaklah se'gah' atau sehebat dan secantik website2 berbayar yang ada sekarang ini..besa la nooo..juai minyak minyak kampung jer kottt...

Baiklah, untuk kali ini saya nak update lokasi2 terbaru terdapatnya Minyak Sapu Tok Dewa ni..ada beberapa tempat saya dah kemas kini dan harapan saya bagi yang sesiapa yang tinggal berdekatan lokasi tersebut boleh dapat dapatkan terus di situ dan bagi yang berjauhan tu kita hantar guna khidmat poslaju la yer...

Ok,kita teruskan..

Bagi yang tinggal di Kg.Pelet Bukit Mertajam pasti tahu kedai ni...



Sambil bawa keluarga menjamu selera di sini boleh dapatkan minyak ni di sini.



Mini Market ni dalam kampung tapi tepi jalan,mudah cari dengan signboardnya yang unik..


 Mini Mart ni berada di tepi jalan Pongsu Seribu ja..lokasi tak jauh dengan Pusat Giat Mara & Jalan masuk ke Matrikulasi.

Lokasi kedai ni pula tepi jalan ja, berdepan signboard (Kg.Tok Bidan) jalan menuju ke Pekan Darat & Permatang Tok Gelam.

Ini update/kemaskini lokasi2 terdapatnya Minyak Sapu Tok Dewa ini.

Anda boleh dapatkan di situ atau boleh terus menhubungi saya.


KEMUNCULAN YANG TAK DI SANGKA-SANGKA

Dalam kerancakkan memperkenalkan & mempromosikan  Minyak Sapu Tok Dewa ni, tetiba saya di beritahu oleh seorang sahabat tentang kehadiran/kemunculan 1 lagi produk yang seakan minyak ini.
Bila dibelek2 nampaknya seakan2 Mnyak Sapu Tok Dewa tapi lain pula kandungan dan labelnya malah nama juga juga seakan sama.

Dah jadi adat dalam perniagaan ada persaingannya, itu saya dapat terima tapi bila ianya seakan2 dan sebijik sama seperti yang asal maka itu saya merasa agak terkejut...khuatir ada yang KELIRU nanti.

Apalah sangat Minyak ini hendak di tiru2..Minyak Kampung jer punnn...kannnn...


Jadi kerana kemunculan yang tak di sangka2 ini harap bagi anda yang yang ingin mendapatkan Minyak Sapu Tok Dewa ini jangan terkeliru dan kalau boleh dapatkan terus di lokasi2 yang telah saya beritahu atau boleh dapatkan terus dari saya. Bukannya apa, kita mementingkan kualiti sesuatu produk yang kita keluarkan.

Bak kata orang2 lama terdahulu "tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang pun tak bercerita" jadi ini yang terjadi dan berlaku masa kini dengan Minyak Sapu Tok Dewa ini. Fikir2lah sendiri yer...

Terima kasih buat anda yang pernah membeli & menggunakan Minyak Sapu Tok Dewa ini. Moga anda sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah & moga Minyak ini membantu anda.

Kami di sini terus berusaha agar minyak ini dapat memberi manfaat buat semua yang memerlukan...saya sertakan rentetan ketika kami melakukan tugas dalam usaha kami memeprkenalkan Minyak Sapu Tok Dewa ini.




Dari siang hingga ke malam...kami sekadar berusaha sekadar termampu...

Bagi anda yang berminat meniagakan Minyak Sapu Tok Dewa ini tapi terhad dengan modal yang minimum boleh hubung saya,saya ni bukan raksaksa makan orang...boleh bawa berbincang kerana dalam Islam yang di ajar Nabi Muhammad S.A.W dalam setiap jual beli seeloknya ada tawar-menawar...

Jutaan terima kasih buat anda yang membuka & membaca di blog ini.
Sampai2kanlah pada sesiapa yang memerlukan walau pun sepotong ayat dari blog ini.





#minyaktokdewa #warisankedahtua #sakitsendi #sakitlutut #sakiturat #sakitsaraf #ibumengandung
#hamil #dalampantang #cuti #sport #gym #ibu #bapa #ancient #malaysiaonlineshopping #poslaju


No comments:

Post a Comment