Tuesday, January 22, 2019

#Sakitlutut, #Sakitkaki, #lenguh, #kebas, #urat #saraf dan #sendi

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T...
SALAM SEJAHTERA, SALAM BERBAHAGIA...





Lama sungguh tak menerjah ke sini dan memperbaharui aktiviti2 serta perjalanan #minyaksaputokdewa #minyaktokdewa #warisankedahtua ni...bukannya apa, TERLUPA PASSWORD !!!  hehehehe...baru2 ni teringat balik, Alhamdulillah...kurang2 terupdate la balik blog ni,yedak???




Add caption
Saya sudah kembali di atas trek perjalanan ini...



Alhamdulillah dengan izin Allah...ramai yang dah guna #minyaktokdewa #minyaksaputokdewa #warisankedahtua ni sejak mula kita lancarkan 3 tahun lepas dan ramai bersetuju bahawa apa yang kita war-warkan itu bukan hanya penyedap kata-kata nak bagi laku atau lariskan jualan produk ini semata-mata.  Kita ni sambil berniaga sambil bantu orang.



Berima ja bunyi ayat2 belakang tu...




Jika di imbas balik ketika mula2 memperkenalkan #minyaktokdewa hampir 4 tahun yang lalu, bohonglah kalau saya katakan semuanya lancar belaka...macam2 tekanan terpaksa diharungi, yelah...nama pun niaga minyak angin (masa tu orang tak sebut lagi nama #minyaktokdewa) orang tak kenai lagi pun masa tu. Ke hulu ke hilir pagi,petang dan malam buka meja meniaga di pasar2 malam, pasar2 pagi, di ceruk mana ada ceramah,depan bank pun pernah oiii.. promot kat keluarga,kawan2 dalam kata mudahnya buat apa sajalah nak bagi laku barang dan dapat income nak sara keluarga sambil2 tu niat nak bantu orang yang ada masalah2 berkaitan juga.

Ikhtiar last masa tu berjinak-jinaklah dengan buat iklan dalam facebook,instragram,mudah.my dan cuba abihlah medium2 jenis guna intenet nih... Alhamdulillah, maka berkenal-kenallah kita di sini...








OK,yang dah berlalu biarkan berlalu la ni,kita nak perjelaskan bagi yang masih keliru...        

KELIRU???




Ini...antara contoh iklan yang lama dulu nih...boleh terjumpa kerana masih ada dalam blog ni...


YAAA... RAMAI YANG MASIH KELIRU TENTANG HARGA (PEMBELIAN SECARA POS/ONLINE) SELEPAS TENGOK IKLAN LAMA TAHUN 2016 SEPERTI GAMBAR DI ATAS...


HARGA PROMOSI PENGENALAN SEBENARNYA SUDAH LAMA TAK ADA..Ini kerana kita terpaksa menanggung kos2 yang koi lama koi dok naik la ni.. Harga yang ada la ni ,harga jual semasa #minyaksaputokdewa #minyaktokdewa adalah yang terkini...INSHAAALLAH kita cuba tak tukar buat masa la...




BAGI ANDA YANG BOLEH DAPATKAN TERUS DI OUTLET2 ATAU AGEN2 SERTA PENGEDAR BERDEKATAN  LOKASI ANDA ,BOLEH DIRECT BERURUSAN DAN  BELI SAJA KAT SANA...




(HUBUNGI KITA UTK KETAHUI LEBIH LANJUT )






BAGI YANG BERJAUHAN TU, KITA HANTAR GUNA POSLAJU LA YA...TAPI PAHAM2 LAAA...LEBIH LA SIKIT HARGANYA,KERANA NAK BAYAR GAJI POSMEN YANG HANTAR BUNGKUSAN TU...Tapi InshaaAllah tak akan membebankan anda OK... 




BAGI YANG KITA HANTAR GUNA KURIER/POSLAJU NI JIKA BERLAKU APA2 KAT BARANG TU,PECAH KA...misalnya JANGAN RISAU,KITA GANTI BALIK...tapi ada la termanya ya...


Label baru...




JULUNG KALINYA KITA DI SINI, MENGALUKAN BAGI SESIAPA YANG INGIN MENJADI AGEN KAWASAN, UNTUK MEMUDAHKAN PEMBELI BERDEKATAN ANDA MENDAPATKAN #minyaktokdewa #minyaksaputokdewa INI SECARA TERUS DARI ANDA, ATAU BAGI YANG INGIN MENJADI PENGEDAR, DENGAN MELAKUKAN EDARAN KE OUTLET2/KEDAI2/TEMPAT2 MUDAH BAGI PEMBELI MEMBELI,ANDA SANGAT2 DI ALU2KAN...

Hubungi no.tel tertera di atas UNTUK pertanyaan DAN sebarang urusan, Terima kasih...




Selepas ni inshaaAllah kita akan cuba upload pula perkembangan terkini tentang #minyaksaputokdewa #minyaktokdewa #warisankedahtua #minyakkampung ni...

Di samping tu anda juga boleh mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa dengan melawat link di bawah ni, 


Banyak perkembangan dalam masa 3 tahun ini.












Saturday, July 23, 2016

TAK TUMBUH TAK MELATA...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Harapan saya sesiapa yang sudi melawat blog ini sentiasa dalam linkungan rahmat dari Allah. Maaflah jika blog saya ini tidaklah se'gah' atau sehebat dan secantik website2 berbayar yang ada sekarang ini..besa la nooo..juai minyak minyak kampung jer kottt...

Baiklah, untuk kali ini saya nak update lokasi2 terbaru terdapatnya Minyak Sapu Tok Dewa ni..ada beberapa tempat saya dah kemas kini dan harapan saya bagi yang sesiapa yang tinggal berdekatan lokasi tersebut boleh dapat dapatkan terus di situ dan bagi yang berjauhan tu kita hantar guna khidmat poslaju la yer...

Ok,kita teruskan..

Bagi yang tinggal di Kg.Pelet Bukit Mertajam pasti tahu kedai ni...



Sambil bawa keluarga menjamu selera di sini boleh dapatkan minyak ni di sini.



Mini Market ni dalam kampung tapi tepi jalan,mudah cari dengan signboardnya yang unik..


 Mini Mart ni berada di tepi jalan Pongsu Seribu ja..lokasi tak jauh dengan Pusat Giat Mara & Jalan masuk ke Matrikulasi.

Lokasi kedai ni pula tepi jalan ja, berdepan signboard (Kg.Tok Bidan) jalan menuju ke Pekan Darat & Permatang Tok Gelam.

Ini update/kemaskini lokasi2 terdapatnya Minyak Sapu Tok Dewa ini.

Anda boleh dapatkan di situ atau boleh terus menhubungi saya.


KEMUNCULAN YANG TAK DI SANGKA-SANGKA

Dalam kerancakkan memperkenalkan & mempromosikan  Minyak Sapu Tok Dewa ni, tetiba saya di beritahu oleh seorang sahabat tentang kehadiran/kemunculan 1 lagi produk yang seakan minyak ini.
Bila dibelek2 nampaknya seakan2 Mnyak Sapu Tok Dewa tapi lain pula kandungan dan labelnya malah nama juga juga seakan sama.

Dah jadi adat dalam perniagaan ada persaingannya, itu saya dapat terima tapi bila ianya seakan2 dan sebijik sama seperti yang asal maka itu saya merasa agak terkejut...khuatir ada yang KELIRU nanti.

Apalah sangat Minyak ini hendak di tiru2..Minyak Kampung jer punnn...kannnn...


Jadi kerana kemunculan yang tak di sangka2 ini harap bagi anda yang yang ingin mendapatkan Minyak Sapu Tok Dewa ini jangan terkeliru dan kalau boleh dapatkan terus di lokasi2 yang telah saya beritahu atau boleh dapatkan terus dari saya. Bukannya apa, kita mementingkan kualiti sesuatu produk yang kita keluarkan.

Bak kata orang2 lama terdahulu "tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang pun tak bercerita" jadi ini yang terjadi dan berlaku masa kini dengan Minyak Sapu Tok Dewa ini. Fikir2lah sendiri yer...

Terima kasih buat anda yang pernah membeli & menggunakan Minyak Sapu Tok Dewa ini. Moga anda sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah & moga Minyak ini membantu anda.

Kami di sini terus berusaha agar minyak ini dapat memberi manfaat buat semua yang memerlukan...saya sertakan rentetan ketika kami melakukan tugas dalam usaha kami memeprkenalkan Minyak Sapu Tok Dewa ini.




Dari siang hingga ke malam...kami sekadar berusaha sekadar termampu...

Bagi anda yang berminat meniagakan Minyak Sapu Tok Dewa ini tapi terhad dengan modal yang minimum boleh hubung saya,saya ni bukan raksaksa makan orang...boleh bawa berbincang kerana dalam Islam yang di ajar Nabi Muhammad S.A.W dalam setiap jual beli seeloknya ada tawar-menawar...

Jutaan terima kasih buat anda yang membuka & membaca di blog ini.
Sampai2kanlah pada sesiapa yang memerlukan walau pun sepotong ayat dari blog ini.





#minyaktokdewa #warisankedahtua #sakitsendi #sakitlutut #sakiturat #sakitsaraf #ibumengandung
#hamil #dalampantang #cuti #sport #gym #ibu #bapa #ancient #malaysiaonlineshopping #poslaju


Thursday, June 16, 2016

PENGHARGAAN BUAT YANG MEMERLUKAN...SAMPAI2KAN BIAR SEPOTONG AYAT.



Assalamualaikum... Salam Barokah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Alhamdulillah, perjalanan Minyak Tok Dewa berjalan dengan lancar dalam cuba membantu bagi yang memerlukan. Alhadulillah juga ada di kalangan pengguna terus menghubungi kami untuk terus mendapatkan minyak ini bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kaum keluarga juga rakan-rakan.

Sempena kedatangan Ramadhan ini kami menawarkan pada sesiapa yang membeli minyak sapu tok dewa selepas ini dengan belian 3 botol (RM60) maka akan di hadiahkan lagi 2 Botol (PERCUMA) sebagi penghargaan kami.



Ramai sudah maklum bahawa minyak ini bukanlah sebarangan minyak (minyak tinggalan warisan terdahulu buat kita generasi baru "WARISAN TRADISIONAL MELAYU LAMA") bagi yang sedang dalam kesakitan, penderitaan dan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan diri dan family maka bolehlah cuba menggunakan minyak ini. Harga asal MINYAK SAPU TOK DEWA RM30 bagi setiap botol pada permulaannya (belum termasuk kos penghantaran lagi tuuu..). Tapi kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan pertolonganNya dan selepas persetujuan bersama Tok Guru maka kita pasarkan minyak ini mengikut kemampuan masyarakat selain ingin membantu bagi yang memerlukan tanpa membebankan.



Bagi yang ragu-ragu boleh terus membeli dari saya atau dari pengedar2 yang lain (rakan2 saya) yang sedang giat memperkenalkan minyak ini ke seluruh Malaysia, boleh cuba guna InshaaAllah dengan izinNya akan ada perubahan biar pun sedikit/kecil, Jika ada sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan mereka (rakan2 saya) anda boleh terus hubungi saya...macam biasa la talian saya 24 jam..h.p tak pernah tutup, cuma saya je yang tidur...hehehe...

Baik, sempena Ramadhan ini dan Syawal yang bakal tiba nanti ni..saya, 
AZMAL HASNUL BIN ABU HASSAN ingin memohon kemaafan jika ada yang terguris atau terasa hati ketika menelaah blog saya ini. Ada juga mereka yang menghubungi saya tapi tak dapat, ini kerana handphone saya rosak dalam bulan lepas dekat seminggu jugalah baru OK. Tapi sekarang ni dah boleh hubungi anytime..hehehe..

Selamat menjalankan ibadah Puasa
dan
Selamat Berhari Raya bersama insan tersayang
Maaf Zahir & Batin (jika terasa dalam hati) hehehe..

Salam mesra, salam bahagia, salam sejahtera, salam kita umat Muhammad sedunia !




Opss !!! Lupa pulak, bagi yang tinggal berdekatan dengan tempat urusan saya iaitu di Tasek Gelugor atau kawasan2 yang berdekatan boleh dapatkan terus di lokasi2 ini. Bagi yang berjauhan tu kita hantar guna kurier la yer..bagi yang dalam daerah Seberang Perai yang tempatnya agak jauh dari lokasi2 ini, telefon/sms/whatsapp saya untuk penghantaran bila2 memerlukan. Kita akan tambah lagi lokasi menempatkan minyak ini dala masa terdekat ini sehingga ianya mudah di dapati di mana2..dengan izin Allah.




Saya cuba sebaiknya sampaikan, jika itu dapat meringan bebanan anda...




Tuesday, May 17, 2016

#minyaktokdewa



Assalamualaikum.. Salam Sejahtera, Salam Bahagia, Salam Ceria, Salam Ukhwah, Salam Sedunia... Moga Rahmat Allah sentiasa dalam lingkungan kita dalam setiap nafas yang kita hirup setiap saat dan masa.

Setelah sekian lama tak updated tentang Minyak Sapu Tok Dewa ni jadi hari ni terpanggil pulak nak kemas kini apa yang telah kita lalui selama ini. Alhamdullillah dengan barakah dan rahmat Allah Minyak ini sekarang mula di kenali di seluruh Malaysia walaupun dengan cara manual dan dengan cara hebohan di dalam media-media sosial. Cuma pergerakan terlalu terhad bukan apa,tenaga kerja tak ramai.

Berbanding dengan permulaan dulu tu memang la ada perubahan, kita mulakan menjual minyak ini dengan 100 botol sahaja sekitar bulan Oktober 2015, tu pun bahagi 2 orang bawa pi berniaga..kira 50 botol la sorang tapi sehingga sekarang ni Alhamdulillah  sudah mencecah hampir 5000 botol jualannya.  dan membantu ramai orang yang punyai masalah-masalah URAT,SARAF DAN SENDI.. Juga telah dimanfaatkan dengan baiknya oleh pesakit LUMPUH / STROKE.

Kini minyak ini boleh di dapati di sekitar Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara  hingga ke Penanti,Bukit Mertajam terbaru juga terdapat di Tikam Batu.

Mini Market Pokok Sena (Depan PPK Pokok Sena / Petronas Pokok Sena ) Tepi jalan utama nak ke Tasek Gelugor / Kepala Batas dari Sungai Dua/ Butterworh.


Lokasinya Taman Koskam, Kepala Batas (jalan pongsu seribu nak ke Kepala batas.


Gerai Minuman Abang Hussin (berdepan Mini Market 24jam Pokok Sena) 



Zam Sup Nusantara ini berdepan sahaja dengan Masjid Jamek Tasek Gelugor.


Lokasi seterusnya Pusat Komersil Tasek Gelugor, 




Ini pula Restoran Selera Kapung Pak Su Din yang berada bertentangan ATM Maybank Tasek Gelugor atau pun lagi mudahnya bersebelah jalan masuk ke Kg.Tok Bedu / Air Melintas.
Minyak Tok Dewa terletak di meja kaunter..


Kedai ni memang FEMES di kalangan orang2 Tasek Gelugor


 Kedai ni lokasinya kena masuk kedalam kampung, suasana kampung sambil pekena mee udang atau mee kari..memang sudah terkenal di sini hinggakan ada juga pengunjung dari luar ke sini.


 Boleh di katakan satu2nya kedai baja & racun serta alatan pertanian milikan penuh Bumiputera Melayu di Tasek Gelugor ini. Lokainya mudah nampak di Pusat Koersil Tasek Gelugor bersebelahan Zon Ria Tasek Gelugor.


Usahawan Muslimah yang bersungguh2 berusaha membuka mini market ini..Lokasinya mudah nampak juga kerana di tepi jalan sahaja dari Tasek Gelugor nak ke Padang Serai atau Tasek Gelugor nak ke Lunas/Kulim.


 InshaaAllah di sini memang mudah nampak kerana di sebelah jalan utama dari Tasek Gelugor / Guar Perahu nak ke Bukit Mertajam.


Lokasinya di betul2 simpang 3 nak ke Pantai Merdeka /Kota Kuala Muda, memang akan nampak punya.. Sebelah petangnya bersebelahan kedai ini ada market petang menjual ikan/sayur. 

Inshaaallah lokasi terdapatnya Minyak Tok Dewa ini akan bertambah lagi dari masa ke semasa cuma kekadang saya yang tak sempat nak upload ke dalam blog ni.

BAGI ANDA YANG TINGGAL BERJAUHAN BOLEH JUGA DAPATKAN MINYAK INI SECARA PEMBELIAN ONLINE DAN KITA KAN POSLAJU MINYAK INI TERUS KE LOKASI ANDA. 

Ini antara ramai pembeli yang memberitahu tentang sampainya barang ke tangan mereka..













Apa2 pun boleh terus keep in touch dengan saya melalui hand phone samada telefon terus, sms, whatsapp, telegram, mesenger, facebook dan instragram.

#minyaktokdewa

017-582 1998

http://www.facebook.com/minyaktokdewa